4 April 2021M / 21 Sya'aban 1442H
(Ahad: 9.00 pagi - 11.40 pagi)
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 6.
Terima kasih kepada semua yang hadir.
Terima kasih juga kepada yang telah mengemukakan pertanyaan, pandangan, cadangan, usul dan nasihat untuk dijadikan panduan bersama.
Semoga kita dapat uruskan masjid kita dengan sebaik mungkin dan beroleh berkat, rahmat dan keredhaan Allah.
Teruslah beri kerjasama selepas ini untuk menjayakan setiap program dan projek masjid.
Teruskan juga sama mengimarahkan masjid yang kita sayangi ini.
Terima kasih juga kepada ahli kariah yang tidak dapat hadir kerana terus memberi sokongan dalam setiap program dan projek masjid.
Semoga Allah berkati dan menerima setiap apa yang kita lakukan sebagai jariah kita yang bermanfaat di dunia dan di akhirat..
Aamiin.
No comments:
Post a Comment