Search This Blog

Saturday, July 31, 2021

2021 05 19 Ustaz Norazman Hj Nordin: Sepuluh (10) Nikmat Allah Kepada Kaum Yahudi - Ke 6 (ms 168)



Beberapa catatan dari kuliah:

  1. Bacaan Surah Al Baqarah : 55 - 57 serta terjemahannya.
  2. Nikmat Allah ke 6. 
  3. Orang Yahudi tidak percayakan wahyu (Taurat).
  4. Nabi Musa as serahkan tugas mengislah orang Yahudi kepada abangnya Nabi Ishak as.
  5. Tapi mereka sembah patung lembu mengikut Musa As Samiri.
  6. Nabi Musa as sangat kecewa, di perintahkan musnahkan anak patung, dan menitip rasa insaf atas kezaliman yang telah mereka lakukan.
  7. Mereka bertaubat dan lakukan hukuman yang khusus untuk mereka sahaja, iaitu bunuhlah sesama kamu.
  8. Lalu di datangkan satu teriakan yang kuat, mereka pengsan dan ada yang kata mati tapi bukan tamat ajalnya dan kemudian dihidupkan semula untuk sambung hidup sehingga ajal mereka.
  9. Mudah-mudahan mereka bersyukur dan tahu bahawa Allah swt berkuasa atas segala-galanya.
  10. Surah Al Baqarah: 243. Allah hidupkan mereka selepas mereka dimatikan.
  11. Peristiwa berlaku di sebuah kampong , ikut satu riwayat, pada zaman setelah Nabi Yusak bin Nun, iaitu seorang nabi bernama Hizkil as, tidak di sebut dalam Al Quran tapi ada dalam Hadis dan Atsar di satu kampong bernama Dawurdan (atau Dawirdan).
  12. Mereka tak percaya qadha dan qadar Allah. Kena Ta'un. Mereka bercadang untuk pindah ke tempat lain. Syariat Nabi Musa as sama dengan Nabi Muhammad saw, kena kuarantin, orang luar tak boleh masuk dan yang dalam tak boleh keluar.
  13. Tapi ada diantara mereka kata, bila kita keluar, kita tidak akan dapat penyakit dan tidak akan mati.
  14. Mereka menuju satu lembah (wadi), rasa selamat. Lalu Allah utus malaikat dengan teriakan yang kuat hingga mati semua sekali dengan jumlahnya beribu-ribu orang. Ada yang kata mencecah 40,000 orang yang mati semua.
  15. Selepas mati, datang Nabi Hizril as. Lihat semua mati , tinggal tulang tanpa isi.Tulang berselerak. 
  16. Allah perintahkan Nabi Hizril as menyeru dengan menyebut (Bahasa Arab), "Wahai tulang-belulang yang telah hancur!". Datang lengkaplah balik dengan daging yang hancur lebur dan hidup semula. Kemudian mereka dimatikan semula ikut ajal masing-masing.
  17. Nikmat ke 7: 
  18. Selepas selamat dari di kejar Firaun, mereka berada di Thursina. 
  19. Mereka mohon diberikan penempatan yang aman untuk duduk dengan tenteram dan penuh baraqah.
  20. Mereka di bawa ke Bailtul Maqdis. Bila suruh masuk, mereka takut kerana ada kaum Jabbariin, bertubuh besar. Mereka kata jika Nabi Musa as nak masuk, masuklah dengan Tuhan kamu dan berperang dan kami duduk di sini.
  21. Allah murka. Teronta-ronta di situ selama 40 tahun sehingga zaman Nabi Yusak b Nun as, di padang pasir di Thursina ni.
  22. Allah lindung mereka dengan awan putih yang tebal. Awan yang sejuk dan nyaman. Tapi bukan awan yang melindungi 7 golongan di hari akhirat nanti.
  23. Bilangan mereka yang terkurung di sini, dengan keluasan 6 parasit x 3 batu (1 parasit = 3 batu) = 18 batu. Mereka tidak tahu jalan keluar dan terkurung di situ 40 tahun bersama dengan Nabi Musa as. Pada masa inilah diberi nikmat awan yang tebal itu.
  24. Kemudian diturunkan "Manna" (manisan) dan "Salwa" (burung).
  25. "Manna" - Beberapa pendapat: 
    • Turun melalui celah celah pokok dan ambil bila dikehendaki. 
    • Melekit macam getah. Tapi BUKAN GETAH ARAB (Arabic Gum) yang ada dijual di pasaran sekarang ni. 
    • Satu jenis makanan untuk ujian mereka, makanan khusus untuk mereka, tiada pada masa ini.
    • Turun melimpah limpah macam air terjun.
    • Turun seperti salji, warna terlalu putih, lebih putih dari susu. Manisnya lebih manis dari madu. Turunnya dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari. Dia ambil sekadar yang mencukup untuk hari itu. Jika ambil lebih, dia akan hilang.
    • Ada kata makanan atau minuman, tapi yang mengenyangkan.
  26. "Salwa" - Sejenis burung puyuh yang sangat lazat. beberapa pendapat:
    • Sejenis burung menyerupai burung puyuh.
    • Datang serah diri untuk ditangkap dan disembelih untuk makan.
    • Disembelih sekadar cukup untuk hari itu sahaja kecuali hari Jumaat ambil lebih kerana hari Sabtu , hari ibadat.
    • Hari Sabtu- ikan pulak serah diri. Mereka tangkap ikan, lalu Allah murka dan jadi kera yang hina. Belum sampai ayat ini.
  27. Allah swt suruh makan lah dan bersyukurlah, tapi mereka kufur, Allah murka.
  28. Allah tidak menzalimi mereka tapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.
  29. Jadi peringatan kepada Yahudi pada zaman ini, kisah apa yang telah berlaku kepada nenek moyang mereka dahulu.

 

2021 05 17 Ustaz Muhammad Faiz Muhd Fadhil: Inilah kali Pertama Abu Bakar dipanggil As Siddiq (ms10)



Beberapa catatan dari kuliah:
  1. Sama sama niat iktiqaf masjid.
  2. Bersyukur kerana telah melepasi bulan yang mulia dan dalamnya ada Lailatul Qadar yang nilainya lebih seribu bulan.
  3. Sekarang bulan Syawal, bulan mulia, siapa yang berpuasa 30 hari Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari Syawal, pahala dan ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun.
  4. Boleh puasa terus 6 hari atau asing-asing. Boleh gabung niat seperti niat puasa Qadha Ramadhan , puasa syawal dan puasa Isnin.
  5. Tapi Mazhab Maliki, puasa 6 adalah makruh kerana penduduk Madinah, pada masa itu, tidak mahu anggap 6 hari ni sambungan bulan Ramadhan.
  6. Peristiwa Israk Mikraj. Berlaku dalam satu malam.
  7. Inilah kali pertama Saidina Abu Bakar di panggil As Siddiq.
  8. Ikut biasa, pergi ke Baitul Maqdis, ada yang pergi balik sebulan dan ada yang pergi sebulan, balik dua bulan.
  9. Tapi Saidina Abu Bakar benarkan kata Rasulullah saw pergi balik satu malam, dan berkata aku boleh percaya lebih besar dari itu.
  10. Rasulullah saw tidak pernah ke sana. Baginda diminta ceritakan keadaan di sana.
  11. Kisah amalan tidak betul di maqam Imam Syafie di Mesir. Rasulullah saw tidak pernah sampai ke Mesir, tapi ada yang percaya ada tapak kaki nabi di sana,



 

2021 05 20 Ustaz Saidin Md Hasnam: Ini satu tanbih (peringatan) pada menyatakan tahajjur... (ms 34)





 

2021 05 01 Ustaz Raja Aspan: Bhg 5 saya mesti memahami sejauh mana penggabungan saya dengan gerakan





 

Tajuk Terkini

2024 12 01: AL-FADHIL USTAZ HJ SAIDIN BIN MD HASNAM: