Beberapa catatan dari kuliah:
- Sama sama niat iktiqaf masjid.
- Bersyukur kerana telah melepasi bulan yang mulia dan dalamnya ada Lailatul Qadar yang nilainya lebih seribu bulan.
- Sekarang bulan Syawal, bulan mulia, siapa yang berpuasa 30 hari Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari Syawal, pahala dan ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun.
- Boleh puasa terus 6 hari atau asing-asing. Boleh gabung niat seperti niat puasa Qadha Ramadhan , puasa syawal dan puasa Isnin.
- Tapi Mazhab Maliki, puasa 6 adalah makruh kerana penduduk Madinah, pada masa itu, tidak mahu anggap 6 hari ni sambungan bulan Ramadhan.
- Peristiwa Israk Mikraj. Berlaku dalam satu malam.
- Inilah kali pertama Saidina Abu Bakar di panggil As Siddiq.
- Ikut biasa, pergi ke Baitul Maqdis, ada yang pergi balik sebulan dan ada yang pergi sebulan, balik dua bulan.
- Tapi Saidina Abu Bakar benarkan kata Rasulullah saw pergi balik satu malam, dan berkata aku boleh percaya lebih besar dari itu.
- Rasulullah saw tidak pernah ke sana. Baginda diminta ceritakan keadaan di sana.
- Kisah amalan tidak betul di maqam Imam Syafie di Mesir. Rasulullah saw tidak pernah sampai ke Mesir, tapi ada yang percaya ada tapak kaki nabi di sana,
No comments:
Post a Comment