Tajaan Sarapan Pagi Untuk Calon-calon Peperiksaan SPM SMK Bukit Jana.
Tarikh: 2 Disember 2025
Pihak masjid telah menaja minum pagi untuk 166 orang calon Peperiksaan SPM dan guru-guru yang terlibat.
Pihak masjid telah menyumbang 200 bungkus nasi lemak dan 200 botol air mineral.
SMK Bukit Jana adalah rakan strategik masjid. Pihak sekolah telah kerap menghantar pelajar ke masjid khususnya untuk solat jenazah semasa waktu persekolahan.
Ia menjadi latihan amali dan pengalaman berguna bagi pelajar Islam menunaikan Solat Jenazah.
Ahli-ahli kariah berterima kasih kepada Pengetua Cemerlang SMKBJ En Roslan, semua guru dan semua pelajar atas kesudian mereka bersama-sama menunaikan solat Jenazah di masjid ini.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment