GOTONG ROYONG PERDANA
PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING (PKK)
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera..
*Gotong Royong Perdana Masjid Jamek Batu 4 ½ Kg Pasir Dgn Kerjasama PK Kamunting Kali ke-2*
13 Feb 2026 (Jumaat)
Jam9 pagi.
Segala puji bagi Allah yg telah memberi keizinan-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan gotong royong kali yg ke-2 melibatkan (39) org Prospek, (7) pengiring, dan pihak AJK Masjid.
Kawasan utama untuk dibersihkan adalah bahagian landskap hadapan masjid dan juga kebersihan di kawasan menara.
Gotong royong tamat dengan jayanya jam 12 tgh hari.
Ucapan jutaan terima kasih dan setinggi tinggi tahniah kepada semua kru2 yang terlibat, pihak masjid, muslimat (penyediaan makan & minum) dan juga pihak pengurusan PK Kamunting yang sentiasa memberikan sokongan dan kelulusan dalam menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan di lain masa sebagai satu usaha menjalinkan ukhwah di kalangan Qariah Masjid dan Warga PK Kamunting..In Sya Allah..sekian
*KIP Nik Mohd Asrul*
*(Penyelaras Program)*
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masjid Jamek Batu 4 1/2, Kg Pasir, Kamunting
Terima kasih kembali kepada pihak Pusat Koreksional Kemunting atas komitmen yg diberikan.
Matlamat gotong royong hari ini tercapai dgn jayanya.
Sekalung terima kasih kepada PPP Nik Asrul selaku ketua pengiring dan lain-lain anggota yang turut sama bermandi keringat.
Semoga kita dapat terus bekerjasama di masa-masa mendatang.
Facebook - klik di sini

No comments:
Post a Comment